Header Ads

test

Mari Lihat Biodata Shah Radhi Hazvee | Pelakon Pinjamkan Hatiku dan Telefilem Hanya Segenggam Setia

biodata shah radhi hazvee pelakon drama kan kukejar cinta kamu 1

Biodata

Nama penuh: Muhammad Shah Radhi Hazvee
Nama popular: Shah Radhi Hazvee
Umur: 22 tahun
Asal: Kuala Kubu Bharu, Selangor
Pekerjaan: Pelakon
Media sosial: Instagram @shahhazvee

Fakta Menarik

1. Sudah tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.  
2. Selepas setahun berkhidmat di belakang tabir, beliau mendapat peluang daripada pengarah Osman Ali untuk membintangi filem pertamanya berjudul Pinjamkan Hatiku.
3. Meletakkan perancangan lima tahun untuk mendapat tempat dan mengukuhkan nama dalam bidang seni.
4. Terbuka menerima apa-apa tawaran watak meskipun sebagai pelakon tambahan. Prinsip itu mahu dipegang sekalipun sudah menempa nama besar suatu hari nanti. Baginya setiap pekerjaan yang kunjung tiba adalah rezeki.
5. Mahu membuktikan keupayaan bakat yang dimiliki dengan menerima watak yang pelbagai, termasuk yang berat dan mencabar.
6. Tidak mempunyai asas dalam seni lakonan. Namun tidak menganggap ia sebagai batu penghalang untuk memperoleh kejayaan kerana yakin mampu menggapai sesuatu suatu hari nanti.
7. Ingin mengutip ilmu menerusi kelas lakonan dan teringin berguru dengan pelakon Wan Hanafi Su yang cukup disanjunginya. Namun kerana tidak mampu daripada segi kewangan, buat masa ini Shah hanya meraih pengalaman ketika berada di set penggambaran. Beliau menggunakan pendekatan memerhatikan bagaimana para pelakon lain menjayakan peranan melalui gerak tubuh dan teknik yang digunakan.
8. Mengakui gaya lakonannya pernah dikatakan mirip pelakon Zul Huzaimy, lalu mula menyerlahkan pembawakan watak menggunakan sisi asli meskipun masih menyandarkan pelakon tertentu sebagai rujukan.
9. Penglibatannya dalam lakonan setakat ini menerusi antaranya, telefilem Hanya Segenggam Setia dan Imamkan Aku siaran TV3 dan telenovela Monalisa di saluran Astro Prima. Akan datang bakal muncul dalam filem 8belas.
10. Juga pernah mengacarakan rancangan Chic ‘N’ Elegen di saluran TV2.

Tiada ulasan