Header Ads

test

Mari Lihat Biodata Hael Husaini Yang Macho Ini | Penyanyi Lagu Jampi dan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32

biodata dan latar belakang penyanyi hael husaini 1

Biodata

Nama penuh: Hal Husaini bin Razmi
Nama pentas: Hael Husaini
Tarikh lahir: 10 Disember 1987
Umur: 32 tahun
Kelahiran: Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi dan pencipta lagu
Media sosial: Instagram @haelhusaini

Fakta Menarik

1. Juga dikenali sebagai Sani dan Hael Azhael.
2. Pernah menyertai sesi ujibakat rancangan realiti nyanyian, One In A Million (OIAM) pada tahun 2006.
3. Menjadi protege penyanyi Jaclyn Victor dalam program Mentor musim ketiga pada tahun 2009 di mana ketika itu beliau bersama rakan duonya, Erul/Hyrul membentuk kumpulan Evo.
4. Kerjaya nyanyian solonya bermula menerusi single pertama berjudul 'Seandainya', diikuti sebuah album mini.
5. Pada tahun 2013, Hael mengambil keputusan bertanding dalam rancangan realiti popular, Akademi Fantasia Musim 10 bersama Azhar Osman menubuhkan kumpulan duo digelar 'Azhael'. Mereka menduduki tangga kedua di peringkat akhir.
6. Kerjaya Hael diteruskan bersama teman duonya itu menerusi penerbitan single 'Hentian Terakhir' ciptaan Damien VE yang sekaligus melonjakkan nama mereka dalam dunia hiburan.
7. Bagaimanapun pada awal tahun 2017, beliau menarik diri daripada Azhael kerana ingin memulakan semula kerjaya nyanyian sebagai penyanyi solo.
8. Pada tahun 2018, nama Hael memuncak hebat apabila ditabalkan sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke–32 menerusi lagu berhantunya, Jampi.
9. Lain-lain lagu hits beliau yang menyusul ialah Haram dan Hajat yang terus mengukuhkan portfolionya sebagai antara penyanyi lelaki terkenal tanah air masa kini.
10. Hael juga sohor sebagai komposer yang bertanggungjawab mencipta lagu-lagu yang melonjakkan nama penyanyi-penyanyi lain. Antara karyanya seperti Hati-Hati nyanyian Amira Othman, Pematah Hati (Nabila Razali), Rempuh (Tomok & Black), Dia (Dayang Nurfaizah), Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor), Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Temberang (Ayda Jebat) dan banyak lagi.
11. Pada Mei 2017, Hael mengambil bayi perempuan bernama Nur Helena sebagai anak angkat.

Tiada ulasan