Header Ads

test

Mari Kita Lihat Biodata Elisya Sandha | Pelakon Pujaan Hati Kanda Dan Juga Adik Kepada Fasha Sandha

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 1

Biodata

Nama penuh: Nur Elisya binti Mohd Faisal
Nama popular: Elisya Sandha
Tarikh lahir: 7 Jun 1999
Umur: 19 tahun
Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara dan penyanyi
Media sosial: Instagram @elisyasandhaofficial

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada enam adik-beradik.
2. Adik kepada pelakon Fasha Sandha. Beliau memanggil Fasha dengan gelaran 'Angah'.
3. Mendapat pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas.
4. Aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.
5. Menidakkan menggunakan nama Fasha sebagai batu loncatan untuk mencipta nama dalam industri kerana dia juga menghadiri ujibakat sebagaimana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dalam sesebuah produksi drama ataupun filem. 
6. Namun perjalanan awalnya tidak dinafikan banyak dibantu oleh nasihat Fasha yang terlebih awal melalui liku-liku hidup sebagai anak seni.
7. Kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri.
8. Antara kritikan negatif yang pernah diterima termasuk digelar "nampak tua sebelum usia" dan bakat lakonan pula pernah dikatakan 'kayu'. Namun Elisya tidak berkecil hati, malah mengambil komen itu daripada sudut positif .
9. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.
10. Penglibatannya dalam drama menerusi Bila Chacha Masuk Asrama (2014), Destinasi G4 (2015), Mamu Mami Gosip (2018), Mimpi Yang Sempurna (2018), Wanita Yang Dikasihi (2018), Mencari Qiblat (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).
11. Manakala telefilem lakonannya pula ialah Aku Mahu Ke New York (2015), Hai Lah Menantu (2015), Cinta Gred A (2017) dan Mat Rukun (2017).
12. Menerusi filem, Elisya pernah terbabit dalam Natchatiran (2015), Anak Mami Nasi Kandaq (2016), Cendol: Kepada Allah Aku Berserah (2016) dan Perjanjian Syaitan (2016).
13. Pernah menghoskan program Misi Kita pada tahun 2014.

Tiada ulasan