Header Ads

test

Biodata Haneesya Hanee | Pemenag Dewi Remaja 2018/2019 Yang Viral Dengan Video Di Kelab Malam Dan Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

biodata haneesya hanee pelakon drama cik reen encik ngok ngek 1

Biodata

Nama penuh: Sharifah Haneesya Sayed Sahlan
Nama popular: Haneesya Hanee
Umur: 18 tahun
Kelahiran: Pulau Pinang
Pekerjaan: Pelakon dan model
Media sosial: Instagram @haneesyahanee dan Twitter @HaneesyaHanee

Fakta Menarik 

1. Berdarah kacukan melayu dan arab.
2. Berketinggian 170 sentimeter.
3. Mempunyai masalah disleksia sejak kecil.
4. Sebagai seorang yang berkulit hitam dan mempunyai masalah pembelajaran, beliau sering dibuli dan diejek rakan sewaktu kecil.
5. Sejak berumur sembilan tahun, dirinya hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana beliau berkulit gelap. Namun Haneesya dipujuk ibunya, Hasnida Hassan yang meminta agar dirinya terus kuat.
6. Sejak berumur sembilan tahun juga, dia telah membintangi teater Siti Di Alam Fantasi dan Lat Kampung Boy yang berlangsung di Istana Budaya, dan karier seninya berterusan semenjak itu.
7. Menjadikan aktres Nabila Huda yang berkulit gelap sebagai ikon untuk mencapai kejayaan dalam dunia hiburan.
8. Ingin mengubah mentaliti masyarakat agar tidak menjadikan warna kulit sebagai ukuran, sebaliknya bakat.
9. Pernah menolak tawaran untuk mempromosikan produk pemutih kulit kerana menyedari kesan buruknya terhadap kesihatan manusia dan dalam masa yang sama, beliau enggan menipu para pengguna lain.
10. Bakatnya dalam bidang peragaan dikesan sewaktu menghadiri ujibakat pencarian Stailista Top Model oleh pereka fesyen tempatan, Hafiz Carlston dan Mier Azril.
11. Bercita-cita mencipta nama di persada antarabangsa.
12. Pada awal tahun 2018, beliau menjadi tular di laman Twitter kerana memuat naik status yang menyeru agar semua bangsa Melayu berhenti meletakkan tanggapan kononnya wanita cantik hanyalah mereka yang berkulit putih. Meskipun dikecam segelintir netizen, namun doktor viral, Dr. Amalina Bakri tampil menyatakan sokongan terhadapnya dengan menegaskan, "Setiap individu cantik dengan caranya yang tersendiri".
13. Terkini, Haneesya semakin dikenali selepas membintangi drama bersiri berjudul 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' yang sedang rancak ditayangkan di saluran Astro Ria, bersiaran sebanyak 20 episod.

Tiada ulasan