Header Ads

test

Mari Lihat Biodata Khai Bahar | Penyanyi Yang Popular Dengan Lagu Bayang Dan Aplikasi Smule

biodata dan latar belakang penyanyi khai bahar 1

Biodata

Nama penuh: Muhammad Khairul Bin Baharuddin
Nama pentas: Khai Bahar
Tarikh lahir: 28 Februari 1994
Umur: 25 tahun
Kelahiran: Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi dan pencipta lagu
Media sosial: Instagram @khaibahar94

Fakta Menarik

1. Merupakan anak keempat.
2. Mula terkenal menerusi video-video nyanyian yang dimuatnaik di aplikasi Smule hingga digelar peminat sebagai 'King Of Smule'. Antara lagu covernya yang mendapat perhatian seperti Sudah Ku Tahu (Projector Band) dan Memori Berkasih, duet bersama Siti Nordiana. 
3. Manakala lagu cover beliau berjudul Suara Hatiku (Ku Tak Akan bersuara) dipopularkan Nike Ardilla menjadi tular di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016 hingga mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI dalam sebuah program hiburan berjudul Silet.
4. Mengembangkan bakat seni dengan menjadi penyanyi jalanan atau 'busker' di Kuching, Sarawak. Malah Khai juga sering berkongsi nyanyian lagu-lagu popular termasuk karya-karya ciptaannya menerusi saluran Youtube Muhamad Khairul yang sehingga kini telahpun mengumpul lebih 200,000 pengikut.
5. Pernah menyertai ujibakat program realiti Akademi Fantasia, bagaimanapun gagal terpilih. Juga menjadi protege kepada penyanyi Dayang Nurfaizah dalam rancangan Mentor, begitupun beliau menarik diri di saat-saat akhir gara-gara masalah peribadi.
6. Akhirnya Khai menjadi artis rakaman selepas ditawarkan kontrak oleh syarikat rakaman NAR Records. Antara lagu-lagunya yang menjadi hits seperti Bayang, Dari Jauh Saja, Luluh, Jodohku dan #123.
7. Pada Mei 2018, penyanyi tersohor negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza mendedahkan telah memilih beliau sebagai teman duet dalam single berjudul Cinta Syurga yang juga merupakan versi zikir bagi single Comel Pipi Merah. 
8. Meskipun masih agak baru dalam dunia hiburan, namun Khai telah meraih pelbagai pengiktirafan seperti di Anugerah Meletop Era 2017, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, Anugerah Planet Muzik 2017, Top Hot Hot FM 2017 dan Era Digital Muzik Awards 2018 yang kesemuanya merupakan kategori anugerah bersandarkan populariti hasil undian peminat.
9. Kerjaya seninya disokong kuat oleh kelab peminat yang bukan sahaja datang daripada Malaysia, malah Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Taiwan dan Thailand.

Tiada ulasan