Header Ads

test

Mari Lihat Biodata Billy Zulkarnain | Peserta Gegar Vaganza Musim Kelima

biodata billy zulkarnain peserta gegar vaganza 5 1

Biodata Nine

Nama penuh: Meor Zulkarnain bin Mohd Zamhuri
Nama pentas: Nine
Tarikh lahir: 9 September 1982
Umur: 36 tahun
Tempat lahir: Middlesex Hospital, Westminster, London
Kampung asal: Kedah
Pendidikan: Universiti Malaya
Media sosial: Instagram @billyzulkarnainofficial dan Instagram @nine.mike

Biodata Billy

Nama penuh: Sheikh Ahmad Rabilly bin Sheikh Abdul Rahman
Nama pentas: Billy
Tarikh lahir: 28 Julai 1977
Umur: 41 tahun
Tempat lahir: Kampong Kuantan, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Media sosial: Instagram @billyzulkarnainofficial dan Instagram @billyrabilyalmahrus

Fakta Menarik

1. Billy dan Nine asalnya adalah penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz yang juga merupakan artis rakaman KRU Records.
2. Kumpulan itu dianggotai empat anak muda, selain Billy dan Nine ialah Abdul Munir bin Hj Awang atau Munir, dan Mohd Aszerul bin Nizam atau Beego.
3. Antara lagu popular Phyne Ballerz seperti Vida, Hasrat, Jangan Pisahkan, Monte Carlo dan Kawan Makan Kawan.
4. Mereka pernah muncul dengan dua buah album studio iaitu Monte Carlo (2002) dan Phyne Ballerz (2003).
5. Namun Phyne Ballerz akhirnya terkubur pada tahun 2004 dan digantikan dengan penubuhan kumpulan duo Billy Zulkarnain pada tahun 2005, dianggotai Billy dan Nine sahaja.
6. Album sulung mereka yang berkonsepkan genre Pop R&B terbitan KRU Records, berjudul Billy Zulkarnain.
7. Antara lagu hits gandingan duo ini seperti Hati Terluka, Talian Terputus dan Kembali Lagi.
8. Bagaimanapun pada akhir 2005 album mereka tidak begitu berjaya hingga hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.
9. Nine pula mengorak langkah menyertai uji bakat rancangan realiti nyanyian terbitan 8TV iaitu One In A Million musim pertama (OIAM) pada 26 Mei 2006.
10. Kemudiannya, Nine menganggotai kumpulan Ruffedge pada Ogos 2007.
11. Begitupun, Ruffedge pula hilang arah dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat rakaman yang dinaungi mereka tiba-tiba ditutup.
12. Nine terus mencuba nasib dalam dunia seni dengan membuat kemunculan semula pada akhir tahun 2015 menerusi single solo 'Hilang Selamanya' ciptaan komposer Archie Nasution dan lirik oleh beliau sendiri, di bawah syarikat pengurusan Angsana Music.
13. Kehadirannya mendapat sokongan penuh rakan artis seperti Anuar Zain dan Shawn Rivera (penyanyi kumpulan Az Yet).
14. Pada September 2018, gandingan duo Billy Zulkarnain kembali sekali lagi menyemarakkan industri hiburan tanah air selepas terpilih untuk menyertai pertandingan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima. Mereka kini bergelar finalis konsert akhir, bersaing dengan Zamani, Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila dan Maya.

Tiada ulasan