Header Ads

test

Mari Kita Lihat Biodata Hannah Delisha | Pelakon Drama Alamatnya Cinta ( Ellie Farhana )

biodata hannah delisha pelakon alamatnya cinta dan langsuir 1

Biodata

Nama penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama popular: Hannah Delisha
Tarikh lahir: 27 Oktober 1996
Umur: 22 tahun
Asal: Singapura
Label: Faithful Music
Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, pengacara dan model
Media sosial: Twitter @hannahdelisha dan Instagram @hannahdelisha

Fakta Menarik

1. Berwarganegara Singapura, beragama Islam, namun berdarah kacukan Inggeris-Melayu. Bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya pula berbangsa Melayu Singapura.
2. Pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama adiknya, Mia Delisha. Kumpulan ini terbit dengan sebuah single berjudul 'Retak'.
3. Hannah kemudiannya bergelar penyanyi solo pada 2015 menerusi single 'Anugerah' ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact
4. Diikuti dengan single kedua 'Esok Masih Ada' pada tahun 2017 yang juga mendapat sentuhan komposer sama.
5. Manakala pada 2018, Hannah kembali dengan single ketiga berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.
6. Beliau mempunyai kelebihan menguasai lebih sepuluh lagu dalam pelbagai bahasa. Antaranya lagu berbahasa Cina, Hindi, Arab, Jepun dan Sepanyol. Kemahiran itu diajarkan sendiri oleh ibunya.
7. Ibunya, Noor Ashikin Ahmad merupakan penyanyi era 80-an yang juga dikenali dengan gelaran 'Kakcik Wujud' kerana terlibat dengan ahli krew Wujud di mana mereka aktif dalam penerbitan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram. Noor Ashikin yang dahulunya merupakan artis syarikat rakaman Scorpio pernah terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.
8. Hannah pernah membintangi beberapa drama saluran Suria seperti Farhana (lakonan pertamanya di televisyen), Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit.
9. Antara pencapaian membanggakan beliau seawal setahun lebih penglibatannya dalam dunia lakonan tempatan Melayu Singapura iaitu pada tahun 2017, ialah kejayaan merangkul anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 sekaligus mengenepikan pelakon-pelakon wanita seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.
10. Ia sekaligus menjadikan Hannah antara pemenang termuda kategori berkenaan kerana baru sahaja berusia 20 tahun ketika itu.
11. Pada 2017, Hannah mula melebarkan sayap ke bidang lakonan Malaysia apabila menerajui drama rantaian fenomena, Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan menerusi Slot Astro Megadrama, berlakon sebagai watak utama di sisi aktor Syafiq Kyle.
12. Pada 2018, Hannah kembali meledak menerusi watak Ellie Farhana dalam drama Alamatnya Cinta.

Tiada ulasan